SeLaMaT DaTaNg Ke KoMuNitI ex-SMKAY batch 2003-------ahli yang bukan dari ex-SMKAY batch 2003 tidak dibenarkan mendaftar!!!

KENANGAN TERINDAH
Photobucket
Poll
Latest topics
» [FAKTA SEJARAH] memali
2009-08-24, 8:32 pm by pakya

» [FAKTA SEJARAH] kg medan
2009-04-20, 1:11 am by khazay

» [FAKTA SEJARAH] bukit kepong
2009-04-20, 1:04 am by khazay

» [FAKTA SEJARAH] al ma'unah
2009-04-20, 12:59 am by khazay

» [FAKTA SEJARAH] peristiwa 13 mei
2009-04-19, 10:31 pm by khazay

MASA terus berdetik...
Kalendar Hijri
PENGUMUMAN TERKINI!!!
-tiada pengumuman-
Top posters
elextro (1139)
 
cacamalba (799)
 
Lt.Muda PakWan (588)
 
helmi_yakin (543)
 
craxz (500)
 
SoNUk (422)
 
amirul (388)
 
'ain (358)
 
khazay (356)
 
hafizah (354)
 

Shoutin-Outin

[FAKTA SEJARAH] kg medan

View previous topic View next topic Go down

[FAKTA SEJARAH] kg medan

Post by khazay on 2009-04-20, 1:11 am

Peristiwa Kampung Medan merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara India-Melayu yang berlaku di Kampung Medan dari 4 Mac hingga 8 Mac 2001 selama 5 hari. Peristiwa ini berlaku di beberapa kampung iaitu Kampung Medan, Kampung Gandhi, Kampung Lindungan , Kampung Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Sengketa ini merebak begitu cepat kerana kawasan ini merupakan kawasan setinggan berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan.

Pergaduhan turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan Gasing, Kelana Jaya, Sungai Way, Bandar Sunway dan Puchong.

Punca.

Pergaduhan antara dua kumpulan bermula di Kampung Lindungan ekoran persediaan majlis perkahwinan dan majlis pengkebumian. Majlis perkahwinan itu diadakan di sebuah rumah orang Melayu. Sementara jiran Indianya mengadakan majlis pengkebumian.

Kemudian 200 orang turut sama dalam pergaduhan itu. Mereka dipercayai orang luar yang datang atau dibawa dari luar Kampung Medan. Peristiwa ini mendapat liputan CNN pada sebelah malamnya.


Rentetan Peristiwa.

Penduduk berada dalam keadaan ketakutan terutama pada waktu malam. Masyarakat India berwaspada dan bersiap-sedia sekiranya samseng Melayu datang menyerang mereka. Sebaliknya masyarakat Melayu di Kampung Medan sentiasa berkawal kalau-kalau samseng India dibawa masuk untuk menyerang mereka. Mereka tidak takut akan jiran-jiran mereka kerana mereka telah saling kenal-mengenali hampir 3 dekad. Samseng-samseng ini dikatakan datang dari luar.

Menteri Besar Selangor ketika itu bertindak berkawal di kuil Hindu di Kampung Medan agar orang-orang Melayu tidak bertindak. Malahan beliau sendiri menasihati penduduk Melayu yang marah agar mereka mematuhi undang-undang negara.

Beberapa orang yang luka telah dihantar ke Unit Kecemasan di Hospital Universiti di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Polis dan FRU telah bertugas dan berkawal di beberapa kampung dan taman sekitar Jalan Klang Lama. Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu ialah Datuk Mohamad Jamil Johari. 153 orang telah ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan di tempat kejadian. 95 orang lelaki Melayu, 56 orang India dan 2 warga Indonesia. 37 orang telah dilaporkan cedera termasuk 34 India dan 3 Melayu.

98 senjata pelbagai jenis dan saiz terutama parang dan besi telah ditemui dan dirampas oleh polis yang membuat sekatan dan serbuan. Lain-lain senjata ialah boang buatan sendiri, pisau, pedang samurai, rantai besi, paip besi, kapal dan kayu.

Datuk Mohamed Jamil Johari turut menyatakan sebuah lori dan 2 buah motosikal telah dibakar. Beberapa buah bas dan van telah dirosakkan.

Datuk Seri S. Samy Vellu selaku pesiden MIC telah melawat mayat K. Muneiretham di Hospital Universiti. V. Segar, 34 dan A. Ganeson, 28 turut terbunuh.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia turut bertugas di Kampung Medan. Mereka bertugas memberi bantuan kecemasan dan bekalan makanan serta khemah. Rela dan St Johns Ambulance turut memberi perkhidmatan kecemasan dan kawalan keselamatan.

Masyarakat Malaysia terkejut dengan peristiwa ini dan tidak menyangka ia akan berlaku dan merebak terlalu pantas. MIC dan UMNO mengatur semula kompromi agar ia tidak berulang.
Hindraf melalui DAP mempersoalkan di Parlimen Malaysia, kenapa polis tidak menyiarkan hasil laporan 6 orang yang terbunuh dan mengapa samseng-samseng tidak didakwa di mahkamah.


Sebenarnya kita kena belajar dari peristiwa 13 Mei (ada hubungkait gak ni). Dalam buku Mahathir menghuraikan kenapa terjadinya peristiwa hitam itu. Katanya sebelum (13 Mei) kita boleh hidup dengan aman berbilang kaum bukan sebab harmoni tapi wujudnya pengasingan ketara antara kaum.

Mereka jarang bertemu dlm kehidupan seharian. Cina berniaga, bertani dlm komunitinya, melayu menjadi petani akibat desakan ekonomi Melayu lebih gemar tinggal di hulu. India kebanyakannya di estet. Jadi pertembungan jarang berlaku.

Ini seperti bom masa yg tggu utk meledak yang menyebabkan lahirnya peristiwa 13 Mei. Mungkin Di Kampung Medan juga.

melihat keadaan semasa juga, jelas menunjukan kecenderungan kaum di tempat kerja. dan perbualan hangat x kira dikedai kopi, pejabat, malahan akhbar2 tempatan...

Soalnya sekarang bagaimana kita dapat mengelakkannya? Surprised#:-S#:-S:)

_________________

khazay
Moderator
Moderator

Male Number of posts: 356
Age: 28
Lokasi: tikam batu 2 umt
Registration date: 07/01/2009

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum